Rabu, 5 Januari 2011

Selamat Pagi..

Apa khabar semua...semoga sihat sentiasa.

Hari ini, cuaca tidak berapa baik untuk orang yang bekerja dan bersekolah di area Kuala Lumpur dan seangkatan dengannya kerana hujan dan angin.
Cuaca cam ni..kalau dok umah minum kopi panas dengan pisang goreng atau minum teh panas dengan keropok goreng alangkah nikmatnya... :)
Dan dok tido cam ni..bestnye... :D

Selasa, 4 Januari 2011

Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta  cubaan pertama ku untuk menulis setelah sekian lama aku meninggalkan hobi  penulisan yang ku pupuk dari bangku sekolah lagi. Kini aku ingin kembali bermula penulisan ku ini.

Ku harap semua yang mengenali ku..memberi aku sokongan terutama suami ku, sahabat baik ku di kala susah dan senang Suriani dan sahabat ku yang minat juga dalam penulisan ini.

Hari Jadi Ku

Hari ini 05hb. Januari.2011 genaplah usia ku yg 31 tahun. Ya Allah sudah 31 tahun aku hidup dan hirup udara di muka bumi Allah ini. Namun aku masih lagi rasa kekurangan bekalan ku untuk ku menemuinya.
Doa dan harapan ku sempena ulang tahun hari lahir ku ini... Semoga Allah beri aku peluang untuk mengisi semua kekurangan yang di dalam bekalanku. Semoga Allah melimpahi rahmat dan barakah - Mu di dalam rumah tangga ku dan dilimpahi rezeki - Mu di dalam rumah tangga ku...memohon agar Allah peliharalah kesihatan suami ku serta ahli kelurga ku. Kau permudahkan lah urusan suami ku sama ada di dunia dan juga akhirat.

Sesungguhnya aku terlalu kerdil di sisi Mu.. Amiin Rabialalamin.

Assalamualaikum Semua